Friday, May 9, 2014

Happy Mother Day!!!!

Hello!!!

Happy Mother Day to every mother in the world!!

Being a mother for four years plus make me learn so much thing..

20/4/2010 9am : 
Pergi mandi tetiba rasa sakit perut yamg memulas-mulas..Shiekin gagahkan diri mandi & ingat kan sakit perut biasa.. Tapi pergi toilet tak rasa nak membuang. Bagitahu mama what happen to me. Dia cepat-cepat panggil papa drive pergi hospital. Sampai hospital terus masuk Deliver Room. Contraction makin lama makin cepat.. Allah je yang tahu.. Then suddenly air ketumban pecah & nurse cakap yang baby dah berak dalam perut. It show that baby dah matang sangat. Nurse check heart baby not so good. Terus dia arrange EMERGENCY Cesarean. And terus Shiekin di masukkan dalam operation room. All the time mama yang ada kat sebelah sambil memberi kata-kata semangat & berzikir supaya di permudahkan segalanya. Alhamdulillah 11.05am DHIA AQILA RANIA selamat di lahirkan. Walaupun masa operation tu doctor ada cakap yang placenta & ovari dah detach. boelh buat baby tak dapat oksigen dalam perut. 
Mama juga orang pertama yang dapat pegang baby sebab masa tu Mr Hubby tengah bergelut dengan final exam.


The moment went she deliver

Dhia Aqila Rania after few hour come out from the worm

03/7/2013 : 6pm

Masa ni dah kena tahan dekat dalam wad sebab baby dah overdue sampai 8 hari. Merancang untuk deliver normal tapi apekan daya ALLAH sebaik-baik perancang. Doctor terpaksa induce untuk bukak laluan. That time baru laluan baru buka dalan 3cm. Tapi masa tu perut dah mula mengeras. Bila masuk dalam Deliver room doctor cakap "shiekin i only able to give u another 20 minute due to your condition''
Hati dah rasa tak sedap.. Last sekali doctor bagitahu yang shiekin kena Cesarean sebab heart beat baby tak menentu.. That time redha je la. Alone without mum & hubby shiekin tak tahu mana laki aku masa tu hahaha Nurse terus tolak katil pergi ke operation room.
8.50pm Lahirla DHIA AZWA SAFRINA

After few hour delivered

Pengalaman bersalin banyak mengajar tentang keibuan.
 Tak terbalas jasa mama yang lahirkan & membesarkan shiekin.
Yang banyak menangis dan masih memaafkan anakmu ini
Jasa mama- mama ku akan ku kenang.. Ni termasuk mak mertua
 Selamat Hari Ibu buat
Pn Zaiton & Pn Parmusi
hanya doa dapat ku panjatkan untuk insan seperti kalian.


TQ mama I love u always
Tq mama because u always support us

Untuk anak-anak mama, terima kasih kerana mengajar mama tentang erti kesabaran dan kasih sayang.. Love u both..

My tw lovely angel

Happy Mother Day!!

Love 
Shiekin




Pisang Goreng & Sambal Kicapnya

Hye!!!

Bersiaran semula..
Wah semalam punya entry menjadi tajuk hangat.. 
Sampai ada yang personal text Shiekin sebab buat dia rasa bengang.. Then Shiekin tanya la KENAPA??
JAWAPANNYA: Sebab entry semalam buat dia rasa nak datang JOHOR..
huhu.. Datang la Johor ada banyak lagi benda nak makan

Shiekin ingat lagi first time merantau.. Masa tu further study kat Shah Alam. So as a student kena la jimat cermat kan. Di jadikan cerita Shiekin pegi la beli pisang goreng. Tapi pisang goreng tu dia bagi SOS CILI.. Agak culture shock sekejap..
bertahun kot makan pisang goreng dengan sambal kicap hihi
Then start from there Shiekin baru tahu yang PISANG GORENG & SAMBAL KICAP hanya di Johor
Jangan di tanya bagaimana orang JOHOR ada IDEA nak makan Pisang Goreng dengan KICAP

Lepas belajar & duduk KL almost 10 years tak pernah membuatkan Shiekin nak makan pisang goreng dengan SOS.. hahaha.. So rumah Shiekin memang sentiasa ada sambal kicap.. Every time Mr Hubby beli pisang goreng sure makan dengan sambal kicap..

Ok since Shiekin sekarang dah stay kat JB sekarang, Shiekin akan share mana nak makan pisang goreng & sambal kicap yang sedap..

Ranking No 1.
GALERI MAWAR

Tempat ni famous sesangat sampai artis pun datang.. Antaranya Mawi, Chef Wan, Erra Fazira, Amy Search dan Datuk Khadijah Ibrahim.


Pintu Masuk 
Korang nampak berapa tandan pisang yang di gantung 
Pisang Goreng 

Sambal Kicap


Rangkin ke 2 

Pisang Goreng Jalan Mahmoodiah

Ok sebut nama Jalan Mahmoodiah ni rata-rata orang Johor sangat kenal.. 
Sebab Jalan ni letaknya kubur-kubur orang Johor termasukla kerabat diraja Johor.

Ni stall dia.. Actually dia besar

Selain pisang goreng ada banyak benda boleh makan

Actually ada lagi tapi masa tak banyak..haha
So next time Shiekin ajar cara buat sambal kicap yang sedap.
Only Johorean will know the real taste of Sambal Kicap


Stay tune with me for next entry.
Love 
Shiekin


Wednesday, May 7, 2014

My Favorite FOOD in JB


Assalamualaikum..
Bersiaran kembali bersama shiekin.
Last monday siapa tengok Majalah 3??? angkat jari!! hihi
Pasti ada yang terliur kan..
Sekarang ni shiekin share  
THE MOST WANTED JOHOREAN FOOD

1st..
Murtabak Kg Melayu..
Aduhai ni memang satu keping pun Shiekin boleh abiskan sorang.. hahaha
Most of my frend yang datang JB pasti Shiekin bawak tempat ni..
And they LOVE it
Ni yang special.. 
Ni yang biasa je a.k.a Regular
2nd
Signature of Johor.. Laksa JOHOR.. Yang ni memang special.. Mee yang digunakan menggunakan spaghetti. Kuah dia menggunakan isi ikan dan di masak menggunakan rempah dan santan. Kuah Laksa Johor ni pekat.. laksa johor ni di makan dengan ulam-ulaman, sambal belacan dan jugak limau.. Memang mengiurkan beb.. Rasa pedas+masam+ranggup bersatu.. Memang tido malam termimpi2..huhu


Laksa dari dapurku

ULAM-ULAM untuk Laksa Johor
3rd
Ni pulak Roti kacang POOL.. kenapa panggil POOL sbb kacang dia la.. Kacang yang digunakan ialah kacang pinggang yang di masak menggunakan rempah. Kemudian atas setiap hidangan di letakkan telur mata kerbau, hirisan lada hijau dan jugak limau kasturi. Tu yang nampak bahan2 tu berenang agaknye dalam mangkuk. hahahah..
Roti yang digunakan pun special.. Sebab memang besar..
Kalo makan ni rasanye tak payah nak makan lunch dah lagi.. Memang kenyang..


Roti Kacang POOL.. Ada style ARABIC sikit


4th
Nasi Ambeng.. Memang la ramai yang jual nasi ambeng.. But original come from here.. Nasi Ambeng di makan dalam DULANG.. Beberapa orang akan share setiap hidangan tersebut. Memang sedap terutamanye sambal goreng dia.. Sambal goreng ni ada  tempe,tauhu, soo hoon, tauhu kering and banyak benda lagi.. Ayam dia pulak special.. Di panggil AYAM UNGKEP.. Menarik tertarik beb.. Cuba la.. memang akan terpahat di hati.. Dan jangan lupa air signature orang JOHOR 
AIR SIRAP BANDUNG SODA

Nasi Ambeng & sirap Bandung dari Dapurku

5th
Lontong Kering.. Hahaha.. nak jadi cerita lontong ni sama je dengan lontong2 yang lain.. Beza dia ialah dia tak ada kuah lodeh.. Orang Johor kalo raya memang terkenal dengan ketupat & lodeh.. Tapi sebab tak ada kuah tu yang kering..I Guess!! hahaha.. 

Lontong Kering 



6th
Lontong Goreng ni selalu orang akan buat bila dah 2-3 hari raya anda ketupat dah tak laku.. Tak nak membazir kita akan goreng ketupat2 ni.. Ingredient dia ada beza sikit dengan masak mee goreng..
Sebab dia ada letak udang kering and ada secret ingredient.. 
Haah nak tahu email shiekin k

Lontong Goreng

7th
My Faveret ever.. Cakui bakar dengan sotong.. Sapa yang datang dari belah pantai timur, diorang cakap ni pelik.. Sebab tempat diorng makan dengan KAYA.. Johorien makan dengan petis. Petis ni kuah yang buat rojak tu.. Tu la dia.. memang sedap. Cakui bila dah bakar dia akan ranggup. pastu makan dengan sotong kembang tu yang liat2.. memang lazat..
Cakui Bakar
8th
Nasi briyani GAM.. Memang kat KL ni tak di nafikan ramai yang cuba buat briyani ni.. Tapi tak pernah pulak Shiekin makan dapat yang sedap.. Semua nye OUT.. Briyani gam ni ada rahsia.. 
Rahsia dia bila masak nasi, daging yang dah masak rendang tu akan di letak di tengah2 nasi. Nasi ni pun pakai beras mati okies..
Pastu tutup periuk akan dilekat dengan periuk menggunakan gam tepung.. ni supaya rasa dan wap sebati dalam periuk..
Erm bile bukak je periuk tu memang Bau wangi semerbak akan keluar.. kalo tak percaya pergi buat sendiri.. hahaha


9th
Mee Rebus Johor.. Mee rebus yang sedap bergantung pada kuah dia.. Kuah yang pekat bersama dengan keropok dia.. Bila makan je mee ni akan rasa crunchy2.. memang enjoy je makan ni..

Mee Rebus Hj Wahid


10th
Yang ni out of the market k.. Hanya ada dalam dapur family ku sahaja..
Nama dia KUNTAS.. Lebih kurang cakui tapi dia di makan dengan sambal kacang.. Memang sedap..
Sebab dia lembut.. Sambal kacang yang pedas2 tu buat kuntas ni perfect.
Sapa nak resepi bagtau la ehh.. hahaha 


And DRINK OF THE DAY
AIR KATIRA ABU BAKAR
Yang ni kena specific.. Sebab memang ramai yang jual air katira tapi semua nye ciplak.. Kenapa Shiekin kata camtu sebab AIR KATIRA yang ORIGINAL rasa lemak manis susu dan soda. 
Yang tipu tu rasa manis gula dan cair.
Air ni kalo takat segelas memang tak layan..
Air yang tipu tu hanya color yang lebih.. 
Sapa nak tahu kelazatan dia jom turun johor.. hahahaha
Tapi kalo nak turun make sure time PUASA sahaja..
Benda yang lazat memang LIMITED EDITION..


So sape yang nak tahu mana nak cari yang sedap boleh contact Shiekin k

Stay beautiful with me
Shiekin 
0196669791